KUALA LUMPUR: Polis akan mengemukakan kertas siasatan berhubung rakan wanita Khalil Afandi Abdul Hamid, yang turut bersamanya mengamuk di perkarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya Isnin lepas, kepada pihak pendakwa raya esok.UIA kot?Bukan calang2 orang jugak la kan..hmmm nantikan berita selanjutnya esok..
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata keputusan sama ada untuk mendakwa wanita itu di mahkamah akan diputuskan oleh pihak pendakwa raya.
Wanita itu masih dirawat di Hospital Putrajaya kerana kecederaan di paha kanan kerana terkena tembakan dalam kejadian amuk itu, katanya kepada pemberita pada kejohanan boling Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini, Ahad.
Pada Isnin lepas, Khalil Afandi yang mengaku dirinya Imam Mahadi bersama wanita itu dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.
Susulan itu, polis menahan reman seorang lelaki yang merupakan rakan kepada Khalil Afandi yang beralamat di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan. -BERNAMA
Home
> Wanita Amuk Di Putrajaya
Wanita Amuk Di Putrajaya
Posted by Pengumpul Lirik Lagu on Sunday 15 July 2012 at 02:16
Keratan dari akhbar hari ni katenye ade satu kes amukan seorang lelaki yang mengaku dia adalah seorang Imam Mahadi..
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment