Sifat Wanita Yang Lelaki Tak Suka!

on Saturday 14 July 2012




Ehem slamat pagi semua :) hope korang semua sihat..
Ni entri untuk wanita.,Kalau nak tahu apa yang lelaki tak suka tentang wanita,sila elakkan selepas anda baca ni okep ? :


Sifat wanita yang lelaki tak suka :



1:Cemburu malampau!


Sifat ini seoalah-olah sebati dalam diri seorang wanita. Lebih-lebih lagi ketika si lelaki mendapat panggilan telefon daripada rakan wanita, tentunya si teman wanita akan terus naik angin dan menuduh bermacam-macam. Sifat ini jika dibiarkan akan membinasakan lagi sesebuah hubungan. Wahai gadis, tanamlah hati anda dengan sifat percaya kerana bukan semua lelaki tidak jujur!

2:Banyak cakap!
Cakap banyak macam murai kadang2 boleh buat lelaki serabut.1 yang ditanya,10 yang dijawab.Perbualan memang penting tetapi jangan berbual kosong tanpa henti. Golongan lelaki bukan dicipta untuk menjadi ‘serangan audio’, jadi fikir-fikirkan.
3:Selfish
Jika diperhatikan, golongan lelaki memang mempunyai sifat yang cool, penyabar, bersungguh-sungguh dan sentiasa inginkan segala yang terbaik agar teman hidupnya memiliki kehidupan yang bahagia dan lebih sempurna.Memang diakui sifat-sifat itu tadi memang hadir secara semulajadi dalam diri semua lelaki. Namun, itu tidak bermakna wanita boleh mengambil kesempatan demi keselesaan mereka. Sentiasa ingatkan diri anda, wahai si gadis, bahawa lelaki juga punya tahap kesabaran dan perasaan.
4:Bersolek berjam-jam!
Benar, solekan itu penting untuk menjadikan wajah kelihatan cantik, sedap mata orang lain memandang selain memberikan keyakinan dalam diri setiap wanita. Apatah lagi untuk menambat lagi hati si lelaki agar terus mencintainya. Tetapi, kalau lelaki itu terpaksa menunggu solekannya siap hingga 4 jam untuk keluardating, golongan lelaki memang tidak akan faham mengapa begitu lama. Mungkin juga masalah ini adalah yang paling sukar untuk diterima dalam dunia!

Sape ade sikap tu angkat tangan!Pasni jumpa tong sampah please buang pangai tu tapi kalau si dia suke,awk terusla buat yer..heeee gurau..


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Berita Segenap Bumi All Rights Reserved