Showing posts with label Tips Setubuh. Show all posts
Showing posts with label Tips Setubuh. Show all posts

Cara Bersetubuh Dalam Islam

on Thursday 6 September 2012

Semestinya ramai yang ingin tahu bagaimana cara bersetubuh yang betul dalam Islam yang boleh meningkatkan mutu seks anda..

Aku tahu ramai ingin tahu tapi malas membaca,so aku baca dan aku ringkaskan agar korang semua pun dapat manfaat juga walaupun hanya baca sedikit..hehehe


Cara bersetubuh yang betul :

1:Bersetubuh dalam pelbagai posisi
Pelbagai posisi persetubuhan seperti isteri diatas, sambil mengiring, sambil duduk, sambil berdiri, dari arah belakang mencangkung atau menonggeng (mat saleh kata doggy , ni la dia kot) , atas kerusi, dan sebagainya.Semuanya tu adalah sekadar utk menukar selera sekali sekala dan bukan utk dijadikan sebagai tabiat kerana kemungkinan semua teknik tadi tidak mendatangkan keselesaan pada isteri (bergantung pada bentuk tubuh isteri). Oleh itu posisi normal suami diatas dan isteri dibawah adalah digalakkan.

2: Ikut petua cara mencapai kenikmatan jimak
Petua orang tua-tua dulu ada 2 cara:-
a)Hendaklah dengan 7 anggota (bagi pihak suami). Dua siku, dua lutut dan dua hujung jari kaki hendaklah menyentuh bumi atau lantai dan 1 kemaluan bertemu dalam kemaluan isteri.
b) Hendaklah dada sama dada, pusat sama pusat, perut sama perut, dan wajah sama wajah suami isteri bertemu rapat.
Selain dari cara diatas, kemungkinan tidak mendatangkan nikmat yang sempurna kepada pasangan. Mungkin pihak suami yang tidak puas atau isteri yang tidak puas. Sedangkan tujuan bersetubuh adalah utk sama sama merasa nikmat.

3:Kerjasama antara suami dan isteri
Tidak kira walapun posisi mana sekalipun, kalau tanpa kerjasama antara kedua dua belah pihak semasa bersetubuh, kenikmatan tidak akan dapat dirasai semaksimum mungkin 

4:Jangan Lupa Allah
Walaupun semasa bersetubuh,jangan biarkan diri anda terlalai dari mengingati Allah.Biarlah pancutan mani anda keluar sambil anda mensucikan diri dengan kalimah Allah. Berzikirlah dalam HATI semasa berjimak.Ini bertujuan supaya fikiran dan perasaan anda dapat menumpukan pada keagungan Ilahi.

5:Baca Doa Ketika Klimaks
Ketika klimaks, bacalah doa di dalam HATI dan jangan baca secara lisan atau mengerakkan kedua-dua bibir. Ini kerana dilarang menyebut nama Allah dalam hadas besar. Tetapi menyebut didalam hati tidaklah dilarang.
Doa klimaks :
” Maha Suci Allah yang menjadikan manusia daripada air (mani), lalu diadakan pertalian darah (nasab) dan hubungan musaharah (hubungan kekeluargaan berpunca dari perkahwinan, seperti mentua, menantu,ipar dan lain lain). Dan adalah Tuhan-mu Maha Berkuasa ”
Surah – AL Furqan ayat 54

6:Mengesat Dan Meramas
Sebaik isteri selesai jimak, sebelum membasuh kemaluannya, isteri hendaklah mengesat kemaluan suami dengan kain tuala atau tisu. Cara itu boleh mengharmonikan rasa kasih suami dan suami akan terasa nikmat jika semasa mengesat itu, isteri mengusap dan meramas-ramas serta mengurut-urut dengan perlahan zakar suami.

Satu lagi yang tiada adalah teknik-teknik seks yang betul..Panjang sangat nak aku huraikan jadi lebih baik la korang baca sendiri yer :)

Kredit info kepada blog Halimrahmah :)
 
© Berita Segenap Bumi All Rights Reserved